Sunday, September 20, 2015

Keropok Lekor Putra: Tahukah anda khasiat dan kebaikan IKAN KEMBUNG??

Keropok Lekor Putra: Tahukah anda khasiat dan kebaikan IKAN KEMBUNG??: Ikan Kembung merupakan "ingredient" utama dalam pembuatan Keropok Lekor Putra . Ikan Kembung ini merupakan ikan laut dalam yang ...

Tahukah anda khasiat dan kebaikan IKAN KEMBUNG??

Ikan Kembung merupakan "ingredient" utama dalam pembuatan Keropok Lekor Putra. Ikan Kembung ini merupakan ikan laut dalam yang banyak terdapat di negara kita Malaysia. Ikan Kembung ini mempunyai isi yang padat berbanding ikan-ikan yang lain dan ianya juga murah! Disebabkan itu ikan ini amat popular dikalangan masyarakat kerana rasanya yang sedap dan boleh dimasak untuk pelbagai menu harian seperti asam pedas, masak sup, masak kari ataupun digoreng begitu sahaja.

Walaupun harga ikan ini murah berbanding ikan lain, namun tahukah anda ikan Kembung ini mengandungi khasiat dan manafaat yang lebih banyak berbanding ikan-ikan mahal lain. Ikan Kembung ini mengandungi Omega-3 Asid Lemak - 2.991mg, dan juga sangat tinggi kandungan Omega-6 Asid Lemak iaitu 245mg. Jadi mereka yang makan ikan Kembung ini tidak perlu mengambil makanan tambahan ataupun suplemen dalam bentuk susu yang menawarkan khasiat Omega.

Kita bercerita tentang kebaikan Omega dalam kehidupan kita, apakah sebenarnya Omega dan kebaikannya? Omega adalah asid lemak yang sangat baik untuk kesihatan jantung kita. Ramai antara kita yang "consume" supplemen yang mengandungi Omega dengan harga yang MAHAL! Tetapi kita boleh dapat Omega tersebut dalam IKAN KEMBUNG yang MURAH!!

Antara khasiat ikan Kembung adalah:

  1. Ikan Kembung sangat berkesan dalam mengawal paras hormon dan juga meningkatkan keanjalan saluran darah dan kapilari.
  2. Membantu menurunkan agen penyebab kanser dan seterusnya menghalang risiko barah.
  3. Ianya juga memberi manfaat dalam menurunkan pasar kolesterol yang tidak baik dalam darah dan mempunyai khasiat menghalang pembekuan darah.
  4. Membantu menurunkan tahap tekanan darah tinggi.
  5. Membantu merawat sakit kepala ataupun migrain, arthrosis dan artrisis. Ianya juga menambah daya ingatan dengan meningkatkan aktivit otak.
  6. Menghalang serangan jantung, meningkatkan fungsi organ yang lemah, meningkatkan sistem imun dan mengawal metabolisme.
Yang paling utama adalah ikan Kembung ini merupakan ramuan utama dalam KEROPOK LEKOR PUTRA seperti yang di "HIGHLIGHT" kan sebelum ini.  Jadi pilihan di tangan anda untuk memilih hanya yang terbaik untuk diri anda dan orang sekeliling anda terutamanya famili anda, anak-anak anda yang sangat memerlukan gizi yang seimbang dan baik dalam mempertingkatkan kesihatan otak dan fungsi tubuh badan.

"CHOOSE WISELY, ONLY THE BEST FOR YOU"

Friday, September 18, 2015

Apakah kandungan KEROPOK LEKOR?

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah kandungan keropok lekor ataupun dalam bahasa mat saleh "ingredients"??

"Ingredients" tersebut adalah:

1. 1kg ikan Parang/Kembung
2. 500gm tepung sagu
3. Garam secukup rasa
4. 125ml air





Cara Penyedian Keropok Lekor:

Keropok lekor diperbuat daripada isi ikan Parang ataupun ikan Kembung (khasiat) yang telah dibuang tulangnya. Isi ikan ini tadi ditumbuk dan dicincang halus serta dibubuh garam.

Kemudian isi ikan yang telah lumat tadi dicampurkan dengan tepung sagu dan air secukupnya sambil diuli menjadi doh yang kenyal.

Setelah itu celup jari dalam tepung sagu dan bentukkan doh menjadi silinder. Jerang air hingga mendidih dan rebus keropok lekor tersebut. Apabila keropok lekor timbul dipermukaan air yang mendidh tadi angkat dan sejatkan di dalam penapis.

Setelah ia sejuk, anda boleh potong ia dalam bentuk kepingan dan digoreng sempurna di dalam minyak yang panas. Anda boleh goreng sampai garing dan rangup mengikut citarasa anda. Kemudian dicicah pula dengan sos asli keropok lekor memang menambah selera penggemar keropok lekor.

Pastikan ianya KEROPOK LEKOR PUTRA yang ORI.SEDAP.BERBALOI.


Wednesday, September 16, 2015

TESTIMONI KEROPOK LEKOR PUTRA

Ini adalah sebahagian dari testmoni pelanggan budiman KEROPOK LEKOR PUTRA.

Alhamdulillah feedback yang diterima amat memberangsangkan dan positif. Kami sentiasa positif untuk menghasilkan keputusan ataupun "RESULTS" yang positif juga in sha Allah.

Slogan kami ORI.SEDAP.BERBALOI memang selari dengan hasrat kami dalam memberikan hanya yang terbaik untuk pelanggan budiman kami.

ORI- Keropok ini memang "ORIGINAL" dikilangkan di Negeri Terengganu.

SEDAP- Feedback customer alhamdulillah positif menyatakan rasa KEROPOK LEKOR PUTRA memang sedap dan enak.

BERBALOI- Ianya merangkumi segala apa yang terkandung dalam KEROPOK LEKOR PUTRA, dari segi rasa, keaslian dan keenakannya yang kemudiannya diterjemahkan dalam nilaian yang sememangnya amat BERBALOI harganya, in sha Allah.

Harapan kami di KEROPOK LEKOR PUTRA agar segala apa yang kami persembahkan dapat dikongsikan bersama-sama dengan sanak-saudara, rakan taulan dan jiran tetangga. Nikmati rasa keaslian dan keenakan KEROPOK LEKOR PUTRA bersama-sama, ianya suatu tradisi yang dibawakan turun-temurun untuk dirasai dan dinikmati bersama.

Bahkan ianya boleh dijadikan santapan pengganti makanan snek lain yang mengandungi perasa tiruan dan kandungan MSG yang tinggi. Anda boleh buat pilihan dan kami akan pastikan anda mendapat yang terbaik in sha Allah!

MENGAPA ANDA PILIH KEROPOK LEKOR PUTRA?

Kami berusaha untuk memberikan hanya yang terbaik untuk setiap pelanggan dan bakal pelanggan budiman kami. Kami berharap dengan adanya produk KEROPOK LEKOR PUTRA di pasaran dapat menambah kepelbagaian makanan snek untuk seisi keluarga anda, in sha Allah.

Setiap produk kami dikilangkan di Negeri Terengganu yang semestinya memang terkenal dengan pembuatan keropok lekor ini. Sumber ikan yang segar menjadikan KEROPOK LEKOR PUTRA ini pilihan NO. 1 untuk anda seisi keluarga. In sha Allah kami di KEROPOK LEKOR PUTRA akan cuba sedaya-upaya menyajikan hidangan keropok lekor yang terbaik untuk semua.

Jika anda penggemar keropok lekor, kini kami berada di Lembah Klang untuk memudahkan anda mendapatkan bekalan keropok lekor ini. Kini anda tidak perlu ke Terengganu semata-mata untuk mendapatkan keropok lekor kerana anda boleh mendapatkan bekalan tersebut dengan kami di KEROPOK LEKOR PUTRA. In sha Allah kami akan memperluaskan pasaran keropok lekor ini di serata Lembah Klang dan juga Kuala Lumpur, doakan kami in sha Allah.

KEROPOK LEKOR PUTRA
ORI.SEDAP.BERBALOI


Monday, September 14, 2015

SELAMAT HARI MALAYSIA

Selamat Hari Malaysia 2015 diucapkan kepada semua. Apakah sejarah disebalik Hari Malaysia yang disambut pada 16hb September setiap tahun ini? Ianya adalah manifestasi untuk memperingati
penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.


                          SELAMAT HARI



16 SEPTEMBER 2015


Daripada kami




                                                                                                               

KEROPOK LEKOR TERENGGANU

Keropok lekor merupakan makanan yang tidak asing lagi bagi kita di Malaysia. Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri Terengganu yang terkenal. Perkataan "Lekor" bermaksud "Lingkar" dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata.           

Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Bagi perusahaan keropok lekor yang menghasilkan volume tinggi, teknologi dan mesin yang canggih telah memudahkan kerja-kerja mengadun, menguli dan menggentel keropok lekor ini.
Apa sebenarnya kandungan keropok lekor? Di dalam keropok lekor terdapat kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotein tinggi dan kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor di beberapa negeri lain selain Terengganu.
Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah di masukkan ke dalam plastik atau dipek dalam pek kedap udara dan diletakkan di tempat sejuk beku agar ia tahan lebih lama serta dapat mengekalkan rasa keaslian keropok lekor tersebut. Cara penyediaannya juga mudah, apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.
Selain daripada dimakan terus, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.
Keropok lekor juga boleh diproses untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.

Keropok lekor yang telah siap direbus

Keropok lekor yang telah dipotong pendek dan digoreng

Tidak sah jika makan keropok lekor tanpa cicah sos asli