SIAPA KAMI

Keropok Lekor Putra merupakan pengedar dan menjual keropok lekor asli dari Terengganu. Kami beroperasi di sekitar Putrajaya, Bangi, Kajang serta Lembah Klang.

Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional yang berasal dari pantai timur Semenanjung Malaysia, iaitu negeri yang tidak asing lagi Terengganu Darul Iman. Perkataan "Lekor" itu sendiri bermaksud "Lingkar" dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor kami dipek dalam pek kedap udara bagi memastikan keropok lekor kami tahan lebih lama dan juga untuk mengekalkan rasa sebenar keropok lekor yang padat dengan isi ikan. Keropok lekor kami 100% dibawa dari Terengganu!


No comments:

Post a Comment